Ramadhan Bakal Pergi
Terasa sekejap saja rasa ramadhan berlalu. Terasa baru semlam kita menyambut bulan ramadhan tiba2 harini dah 22 ramadhan means ada 8 hari lg syawal akan tiba. Seriously aku memang xda feel langsung untuk beraya tahun nie. x semeriah dulu. Ramadhan kali nie aku rasa Allah telah beri aku hidayah dengan d kelilingi oleh berita kematian dgn pelbagai cara samaada dr yang aku kenali atau dr kenalan kwn aku sendiri. Berita kematian memang akan membuat kita untuk memikirkan kematian kita sendiri. Bilakah tarikhnya? Macam mana kita akan mati? Adakah pengakhiran kita baik?
Berita pemergian yang berkaitan dengan diriku adalah dengan pemergian sahabat semakmalku dan juga berita kakakku yang keguguran yang baru je berlaku semalam. Kematian kwnku memg memberi impak yang besar kepada diriku untuk menjadi insan yang lebih baik dan bersungguh2 untuk mengumpul saham akhirat untuk kita d sana nanti. Kakakku pula moga dia tabah dengan kehilangan babynya yang sgt kecil itu. Tapi aku tau yang kakakku itu memg seorang yang kuat dan tabah. Takpe lain kali boleh cuba lg. Mana tau ada rezki lg pada masa terdekat nie...hehe
10 ramadhan terakhir adalah yang d tggu2 oleh para muslim untuk mengejar malam lailatul qadr. Selama aku hidup aku rasa aku belum pernah lg merasa bagaimana lailatul qadr. Yang aku tahu hanya melalui penceritaan org lain serta dengan pembacaan ku sendiri. Amatlah beruntung bg sesiapa yang pernah merasainya kerana malam lailatul qadr adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan. 1000 bulan tau. Giler xnak?
So dalam untuk mengejar malam lailatul qadr ini aku harap aku akan konsisten x tinggal untuk melakukan solat terawih serta membanyakkan membaca alquran dan solat sunat yang lain terutama solat taubat. Aku juga dalam proses untuk menghafal alquran mungkin start daripada surah2 lazim dahulu beserta dengan maknanya. Supaya sembahyangku kelak lebih khusyuk dengan pemahaman pembacaan aku dan bkn hanya baca semata2. Yang lebih penting aku harap azam ku ini akan berlarutan even selepas ramadhan..huhu
Boleh amalkan doa ini d malam hari yang kita rasa malam lailatul qadr. Moga dosa kita d ampunkan Allah.
Malam tadi semasa tazkirah terawih, ustaz itu mengatakan cara kita menyambut aidilfitri ini adalah salah malah tiada pun ceritanya d dalam alquran. Sepatutnya cara yang kita perlu raikan ialah pada malam raya itu kita perlu membaca takbir dan d pagi raya kita perlu berasa gembira. Akan jatuh hukum haram jika kita bersedih. Dan d pagi raya amatlah wajib semua seisi rumah perlu keluar pergi ke masjid untuk sembahyang raya dan meraikan bersama dengan saudara islam yang lain menyambutnya. Then thats it. Itu sahaja yang perlu kita lakukan. Katanya kita tidak boleh berlebihan and if kita berlebihan kemungkinan amalan kita pada bulan ramadhan tidak d terima. Hmmm...Tapi mana mungkin ingin mengubah itu semua pd keluarga kita. Cuma yang ku rasa ku boleh buat adalah kene pastikan raya d sambut dalam keserdahanaan dan tidak berlebihan.
Tapi sebenarnya bende yang paling x best yang akan berlaku pada hari raya ialah orang akan keep tanya
Haha..aku sebolehnya nak elak orang tanya soalan ni. Sensitive!!
Aku bukan xnak kawin. Siapa yang xnak kawin. Tapi ilmu untuk rumahtangga dan mendidik anak2 belum cukup lg. Aku xnaklah perkahwinan yang kecundang d tengah jalan. Dan yang penting aku belum ada calon lg...haha Risau memang risau sbb tahun depan dah 27!! Xperlah aku percaya Allah telah tetapkan jodoh yang terbaik untukku dan bila tiba masanya pasti akan d permudahkan insyaAllah. Apa yang aku harap pada bakal suamiku kelak bkn pangkat dan harta tapi ilmu agama. Aku harap aku akan d kurniakan seorang suami yang akan memebawaku lebih dekat dgn Allah dan boleh handle and sabar sikap kebudak-budakkan aku nie..haha
Sekian untuk entry kali nie
Mak cik A: Ko bila nak kawin nie nurul? Sepupu ko semua dah ada anak dah.
Mak cik B: Ko bila nak kerja? x habis2 belajarnya tu. Nak kerja apa je nanti?
Aku: Hanya mampu memberi senyuman yang paling manis dan cute!!



No comments:
Post a Comment