Assalamualaikum....
Dahulunya aku juga mempunyai sebuah blog. Tapi sudah d padam atas2 sebab tertentu. Kenapa aku ingin menulis blog? itulah soalan pertama yang patut dan wajib kita tanya pada diri kita sebelum membuat apa2.Kalau dulu aku nak buat blog sebab aku rasa seronok bila baca blog orang. other than that of course nak berangan jadi famous and boleh dapat duit dengan blog. Blog yang aku suka usha dulu blog fatin liyana, irine nadia and namee roslan. Tapi bila umur sudah meningkat dewasa ni definisi untuk create blog bg aku sudah berubah. Pertama sekali aku harap dapat share info yang berguna kepada sesiapa sahaja di luar sana. Then aku nak improve aku punya writing yang dah berlapuk and berdebu. Last but not least, aku inspire dari seorang temanku yang baru sahaja pergi berjumpa dengan tuhannya. My first entry for this time i want to share a story about my friend named Muhd Amirrudin aka Mada Hannan.
Pertemuanku dengannya bermula di saat aku mula bekerja as RA. Dia merupakan seorang student master d bawah fakulti yang sama. Hubungan km semakin rapat as km di bawah projek yang sama and dia juga bnyk memberi tunjuk ajar dan pertolongan kepadaku as bidang itu merupakan bidang yang baru kepadaku. Aku jarang mempunyai sahabat lelaki dan boleh di katakan dia sahajalah sahabat lelaki yang aku paling rapat. Mengenali dia bnyk mengubah persepsi kehidupanku yang ku kira more too duniawi. Aku bukanlah gadis yang terlalu baik dan alim yang bertudung litup labuh.
First time mengenali dia aku rasa agak janggal dan pelik sbb aku rasa dia ni terlalu pelik. Dia amat suka bantu orang lain yang kadang2 bg aku x perlu pun dan jarang menolak untuk membantu sahabatnya walau kadangtu ku kira sesuatu bantuan itu agak menyusahkan dia. Melalui cerita kwn2 yang memang dah menganali dia lama, dia pun jenis orang yang baik2. Jenis yang susah nak cari lelaki yang mcm tu skarang. Aku suka share masalah dengan dia sebab dia jenis open minded (banyak membaca) and sometime dia pun suka share masalah dia so itu yang membuatkan aku selesa untuk bercakap dengan dia. Masa zaman study dia, dia selalu mengeluh nak stop study sebab ada masalah kecil dengan supervisornya yang ku kira masalah communication. Tapi km kwn2 selalu bg semangat dekat dia supaya jgn berhenti n finish what u have started.
Lebih kurang setahun perkenalan dengan dia, arwah di diagnose menghidap penyakit aplastic anemia. Sejenis penyakit yang sgt rare berlaku and susah untuk d ubati. To be short, penyakit ini adalah di mana bone marrow dia gagal untuk menhasilkan any blood for his body which means dia tiada darah langsung d badannya. Kami semua terkejut dengan berita tu sebab dia seorang yang menjaga kesihatan and selalu berjogging and aktif. Tapi penyakit tu x kenal siapa pun. Tidak tahu mana punca and bagaimana dia mendapat penyakit tersebut. Sepanjang dia menghidap penyakit tersebut i can see that he fight for it a lot. Aku sgt kagum dengan ibunya yg sgt tabah n kuat menghadapi cabaran dunia. Aku juga sebagai kwn sedih melihat dia yang tidak bermaya dan hanya terbaring di tilam.
Almost 6 months he fighting with his disease then suddenly i got news from my supervisor saying that he was in very critical condition. Doctor even said that he only have 3 days to alive. Allahu aku sgt speechless dapat berita tu dan seperti tidak sangka sbb aku rasa baru sahaja dpt perkhabaran dr seorang teman sebelum ini yang dia sudah pun berada d rumah dan semakin sihat selepas minum susu kuda. tanpa berlengah masa esok pagi tu hari jumaat 3 julai 2015, aku, iba, aini and dr midah bergerak ke hospital klang untuk melawat dia. Pada masa tu aku masih lg terfikir yang itu pun hanya khabar angin and aku percaya dia masih lg ok boleh bercakap walau pun lemah.
Sesampai je d sana, aku sudah d sapa satu pemandangan yang kurang di sukai. Ramai kwn2nya mengelilingi katilnya dan susana sgt sugul dan sedih. Langkahku terlalu longlai kerana aku takut untuk melihat apa yg bakal ku lihat. Sesampai sahaja d katilnya, aku sudah melihat dia sgt tenat dan lemah. Bdannya pucat seperti tiada darah yang mengalir. Dalam hati aku bersungguh menidakkan yg ku lihat itu bkn arwah Mada. Aku tumpas dengan perasaan aku sendiri dan aku juga tidak cukup kuat untuk melihat keadaan dia seperti itu. Penyakit itu sudah menyerang dia dengan sgt kejam. Tapi ibunya ku lihat masih seperti dulu. Tabah dan kuat tp aku tahu d sudut hatinya juga rapuh melihat anaknya sebegitu rupa. Aku tidak berani untuk mendekati dia dan berkata apa2 sbb aku takut aku akan tumpas menitikkan air mata d tepinya.
Kemudian pada malamnya aku mendapat berita dr temanku yg lain mengatakan arwah sudah pergi ke rahmatullah pada jam 8.40 pagi. Aku seperti kurang percaya dengan berita yg ku dengar. Aku masih mempunyai harapan yg tggi untuk dia kembali sambung kerja d lab kami. Tapi aku redha Allah lebih sayangkan dia. Tarikh kematian dia jatuh pada hari jumaat, penghulu hari, malam nuzul quran dan d bulan ramadhan. Dia sememangnya insan yg istimewa di sisiNya dan bertuah dpt pergi pada hari yg baik dan bulan yang baik. Ramai sahabat handai yg dtg menziarahinya buat kali yg terakhir.
Pemergiannya ini membuat aku terasa amat sedih dan tersedar akan diriku sendiri. Sejauh manakah amal ibadatku selama 26 tahun ini dan adakah aku sudah bersedia? Kematian akan menjemput kita pada bila2 masa sahaja. Aku juga mendapat pengajaran d mana selama kita hidup ini banyak2 kanlah memberi sebab dengan memberi itu lah org akan ingat kita bila kita tida nanti. Semua yang ku dengari dr sekelilingku tentang dirinya adalah yang baik2 belaka. Tiada satu pun yang mencacatkan namanya. Aku akan sentiasa mendoakan mu wahai sahabat. Berehatlah d sana dan moga dikau tenang di sana. Moga kita bertemu lagi nanti di akhirat kelak insyaAllah. Terima kasih kerana hadir dlm hidupku yang telah membawa seribu makna bgku. Moga kita semua akan mendapat pengakhiran yang baik dan akan pergi bertemu ilahi dalam keadaan yang beriman insyaAllah.


No comments:
Post a Comment